Wednesday, July 27, 2011

Perlu ke Berkenalan dengan BLOGGER baru??

Perlu ke berkenalan dengan blogger lain? Dengan yakinnya, aku jawab PERLU. 

SATU..

Sebenarnya, bila kita buat blog. Secara automatik, kita dah jejakkan diri kita dalam komuniti blog, yang terdiri daripada beribu-ribu orang.

Bila kita duduk dalam tempat yang luas, susah kita nak hidup kalau takde kawan kan? Sama jugak dengan arena blog. Dunia blog ni sangat luas. Kalau korang rasa boleh hidup sorang2, tanpa bantuan dan sokongan blogger lain, korang silap.

Aku sendiri pun masa mula-mula jejakkan kaki dalam blogger, aku blur. Tak tau macam mana nak mula. Mujurla aku ada sifu, yang ajari aku selok-belok dunia blog. Tanpa dia, aku rasa aku berblog separuh jalan je kot.


DUA..

Mesti ada yang kata camni, "Ala, kalau tak faham apa-apa pasal blog boleh google".

Aku tak nafikan tu. Aku pun banyak belajar pasal blog, hasil daripada pertolongan pakcik Google. Tapi hakikatnya, Google semata-mata pun tak cukup. 

Sebagai manusia, kita ada perasaan. Kita akan rasa lebih hidup bila kita berinteraksi dengan manusia jugak. Melalui hubungan dua hala, bloggers dapat support, dan bagi semangat antara satu sama lain dengan lebih efficient.


TIGA..

Aku dapat rasakan, interaksi antara bloggers sangat penting. Itulah salah satu sebabnya aku tubuhkan Bloggers Chat Room (BCR). Supaya blogger-blogger dapat berkumpul, berkongsi ilmu, disamping boleh berkenalan di antara satu sama lain.

Secara personal, aku takde masalah kat bloggers yang anjurkan gathering. Bahkan aku turut support. Benda ni suatu yang bagus. Baru la kita nampak, blogger bukanlah mereka yang wujud dalam dunia maya semata-mata. 

Tapi, masa gathering tu biarlah kita tetap jaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan jangan langgar waktu solat. Ye dak?


EMPAT..

So, kalau korang rasa korang mampu survive dalam dunia blog ni sorang-sorang, korang teruskanla. Tapi aku yakin, kalau macam tu yang korang amalkan. Korang tak kan lama dalam dunia blog ni. Percayalah..!!


Saya budak baru..tolong tunjuk ajar ye..:))

0 comments:

Post a Comment